BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK (EDISI PERTAMA 2022)
TARIKH : 4 MAC 2022
SEJARAH MAYC
(PRESIDEN MAYC KELAPAN)
Pada tahun 2014,MAYC telah diberi nafas baharu dengan kepimpinan YB Haji Mohd Syahbuddin Bin Hashim atau lebih mesra dengan panggilan Abe Din.MAYC kembali meningkatkan momentum di peringkat nasional dan antarabangsa.
YB Haji Mohd Syahbuddin Bin Hashim mula menjawat jawatan sebagai Presiden MAYC Kebangsaan yang ke-8 pada tahun 2014 hingga 2021.Cabaran paling getir yang beliau hadapi ialah ketika pertama kalinya dalam sejarah,MAYC menghadapi keadaan pertukaran kerajaan tatkala tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.MAYC yang selama ini menjadi rahsia umum bahawa pertubuhan yang mesra,dekat dan kebanyakan pimpinan mereka adalah ahli UMNO menghadapi keadaan yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Namun,sebagai sebuah pertubuhan masyarakat sivik atau masyarakat madani,MAYC harus sedar kepada realiti.Siapa sahaja menjadi kerajaan pada hari ini ( Goverment Of The Day),mereka akan bekerjasama baik demi pembangunan belia,Itu dibuktikan sendiri oleh kepimpinan Abe Din.Beliau yang pada waktu berkenaan baru ditaklifkan amanah sebagai ADUN Galas dalam Parlimen Gua Musang.
Peluncuran kampung angkat MAYC di beberapa negara ASEAN,pengaktifan program seni budaya dan sukan,inisiatif mewujudkan beberapa sayap MAYC dalam bentuk program di samping hubungan mesra erat dengan kepimpinan kerajaan mendorong MAYC mendapat kembali tempat di mata masyarakat.Kepimpinan Abe Din terserlah apabila pada tahun 2016,beliau dinobatkan dengan anugerah berprestij pemimpin belia sebagai Tokoh Belia Kebangsaan dan ASEAN.
Selama 67 tahun MAYC di persada arus pergerakan belia tanah air,persatuan ini ada meletakkan jejak-jejak untuk ditauladani oleh generasi kemudian.Apa yang baik daripada laluan yang telah dimulakan haruslah diambil iktibar,manakala yang membawa kesan tidak baik dijadikan sempadan.Termasuklah dalam catatan sejarah daripada setiap tokoh yang disematkan dalam tempoh kepimpinan MAYC.Banyak pelajaran yang boleh diambil dan pesan-pesan yang tentunya dapat dijadikan ingatan berguna kepada angkatan baru nantinya.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#BuletinMAYCKawasanBachok #SejarahMAYC #MAYC
No comments:
Post a Comment