"KEAKTIFAN BELIA KELANTAN DALAM ARENA LUMBA KUDA KELANTAN"
BACHOK,27 Mac 2022- Keaktifan belia Kelantan dalam arena Lumba Kuda Kelantan memang tidak boleh diperkotak katikkan.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,Sukan Berkuda(Ekuin) ini merupakan sukan pilihan di hati rakyat Kelantan selepas sukan bolasepak dan takraw.
Dalam arena Lumba Kuda Kelantan juga begitu,ramai belia kelantan yang telah keluar ke luar kelantan dan luar negara untuk berkhidmat sebagai penunggang kuda di turf club.Insya Allah,pihaknya akan berbincang dengan pihak kerajaan Negeri Kelantan bagi memastikan Industri Ekuin di Kelantan terus aktif dengan melahirkan atlet-atlet baru demi kelangsungan sukan ini.Saudara Ahmad Faris menerima cenderahati baju daripada Jawatankuasa Kecil Lumba Kelantan yang dipengerusikan oleh Encik Azis Mamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Kelantan merangkap Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Terima Kasih YB Datuk Ustaz Ahmad Marzuk selaku Timbalan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa atas sokongan diberikan untuk Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Kelantan dibawah Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Insya Allah Kelantan akan bangkit dalam sukan berkuda untuk memperoleh pingat di SUKMA nanti.Doakan yang terbaik.Insya Allah.
#MAYC #MAYCKawasanBachok #MisiPingatEkuinKelantanDiSUKMA #PENKB #EkuinKelantan #BersatuMaju
No comments:
Post a Comment