"INISIATIF I-BIAYA DILANCARKAN SECARA RASMI"
KUALA LUMPUR,14 April 2022 - i-Biaya adalah inisiatif di bawah Home Ownership Programme (HOPE) yang diperkenalkan sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Inisiatif ini dijangka mampu meningkatkan pemilikan rumah terutamanya mereka dalam golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal dan inisiatif ini juga merupakan langkah untuk menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025.
Harap inisiatif ini dapat memanfaatkan rakyat insyaAllah!
Terima Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melantik NGO Alumni Parlimen Belia Malaysia sebagai rakan strategik untuk i-biaya.Watikah diterima oleh Mohd Nazrin Faiz Bin Abd Aziz selaku Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia mewakili seluruh Jawatankuasa Alumni Parlimen Belia Mlalaysia.
Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang hadir program kali ini Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merupakan Mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Kelantan batch 2 dan Saudara Naim Al-Amin merupakan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Perak batch 2.
Majlis Perasmian i-Biaya yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kewangan, YB Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz diiringi oleh YB Dato Indera Mohd Shahar Bin Abdullah selaku Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Dato'Sri Dr-Ismail Abd Muttalib selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok
#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #I-Biaya #SatuKeluargaSatuRumah #KeluargaMalaysia
No comments:
Post a Comment