Friday, April 15, 2022

TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN MALAYSIA ATAS INISIATIF E-PEMULA 2022


"TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN MALAYSIA  ATAS INISIATIF E-PEMULA 2022"

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia atas inisiatif E-Pemula sebanyak RM150 yang disediakan untuk golongan belia dan beliawanis berumur 18 hingga 20 tahun/pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

Inisiatif di bawah Belanjawan 2022 ini bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (melalui Bigpay, Grab, Shopeepay & TnGO eWallet) di kalangan belia.

Sekali gus dapat memberi manfaat kepada lebih kurang 27 ribu orang terdiri golongan belia dan beliawanis di Daerah Bachok.

Semoga inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan dapat memberi sedikit kelegaan kepada komuniti perniagaan khasnya dalam Daerah Bachok terutama PKS.

Maklumat lanjut:

Bagaimanakah cara untuk memohon untuk ePemula?

  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPayGrabPayShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
    4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
                      Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#MAYC MAYCKawasanBachok #EPemula #TerimaKasihKerajaanMalaysia #InisiatifUntukGolonganBelia








 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...