"TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN MALAYSIA ATAS PEMBERIAN TOL PERCUMA DI LEBUHRAYA PANTAI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022"
BACHOK,26 April 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia atas pemberian tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur.
Pemberian tol percuma ini merupakan satu penghargaan Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak Bachok di Perantauan termasuklah Diskaun bermula 30% sehingga 50% yang melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
Jumlah penduduk di Daerah Bachok dianggarkan 150 ribu orang penduduk Bachok.Dianggarkan seramai 75 ribu orang penduduk Bachok akan pulang berhari raya di Daerah Bachok.Seluruh keluarga MAYC Kawasan Bachok mengharapkan pemberian tol percuma dan diskaun oleh pihak kerajaan ini dapat meringankan sedikit beban anak-anak perantau Bachok yang akan bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
Terima Kasih YAB Dato'Sri Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan Malaysia atas pengumuman ini.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok
#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju
No comments:
Post a Comment