Wednesday, May 18, 2022

LAWATAN TAPAK UNTUK KURSUS TATACARA PENUBUHAN KELAB BELIA DAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH BACHOK 2022


"LAWATAN TAPAK UNTUK KURSUS  TATACARA PENUBUHAN KELAB BELIA DAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH  BACHOK 2022"

BACHOK,19 Mei 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengadakan lawatan tapak untuk Kursus Tatacara Penubuhan Kelab Belia dan Rakan Muda Peringkat Daerah Bachok 2022 bertempat di Permai Beach Resort,Tok Bali,Bachok Kelantan.

Saudara Muhamed Zaharin bin Azhar selaku Ketua Koordinator Kursus Tatacara Penubuhan Kelab Belia dan Rakan Muda Peringkat Daerah Bachok 2022 merangkap Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok berkata,kursus kali ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bakal diadakan awal Jun 2022 nanti.Katanya lagi,kursus kali ini berteraskan tentang penerangan untuk menubuhkan kelab belia dan juga rakan muda di Daerah Bachok dalam kalangan golongan belia dan beliawanis berumur 18 tahun hingga 30 tahun.Tujuan lain juga,pihak MAYC Kawasan Bachok berhasrat mensasarkan 2-3 kelab belia tunggal dapat ditubuhkan dalam kursus kali ini bagi menjemput mereka sebagai ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok demi memperkasakan lagi organisasi MAYC Kawasan Bachok.

Sesi lawatan kali ini turut disertai oleh Saudari Syamimi Wahidah Binti Khairul Hazaha selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok dan Saudari Noor Azura Binti Mohd Ramli selaku Exco MAYC Kawasan Bachok yang juga menguruskan persiapan tempat untuk Kursus Tatacara Penubuhan Kelab Belia dan Rakan Muda Peringkat Daerah Bachok 2022.

Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana memberi sepenuh kepercayaan untuk MAYC Kawasan Bachok menguruskan kursus yang bakal diadakan pada awal Jun 2022.

Jom semua belia dan beliawanis di sekitar Daerah Bachok sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.

Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #PBSDBachok #JBSNKelantan #JBSN #TeamPBSDBachok #KeluargaPBSDBachok #KeluargaJBSNKelantan #KeluargaJBSN #KeluargaKBS #KeluargaBachok #KeluargaMalaysia


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...