"MAYC BACHOK BERHASRAT UNTUK MELAHIRKAN ATLET JUNIOR RIDER MEWAKILI DAERAH BACHOK SEBAGAI WAKIL NEGERI KELANTAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI"
KOTA BHARU,10 Mac 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok berhasrat untuk melahirkan atlet junior rider mewakili Daerah Bachok bagi bawa obor Negeri Kelantan ke peringkat lebih tinggi lagi.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,projek perintis atlet junior rider ini telah dimasukkan dalam perancangan pelan 10 tahun sukan MAYC Kawasan Bachok untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan belia bachok untuk mewakili Kelantan.Beliau yang juga sebagai Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,golongan belia dan veteran perlu bersama bagi merealisasikan hasratnya untuk melihat Sukan Ekuin Kelantan berada dalam ranking top 10 sukan pilihan dalam Sukan Malaysia(SUKMA).Katanya lagi,kesepakatan bersama amat diperlukan dan golongan belia diluar sana perlu sertai MAYC Kawasan Bachok bagi membantu saf kepimpinannya menyelaraskan beberapa program yang telah dirancang.Sukan ekuin terdiri daripada kuda lasak,jumping dan drassage.Untuk permulaan dibawah projek perintis MAYC Kawasan Bachok akan menfokuskan khas untuk acara kuda lasak.
Beliau juga berkata,beliau amat memerlukan sentuhan ajaib golongan belia di Daerah Bachok bagi melahirkan lebih ramai lagi pemimpin muda daripada Daerah Bachok ke peringkat yang lebih tinggi bagi membawa suara anak muda Daerah Bachok.Beliau menyeru agar golongan belia di Daerah Bachok ayuhlah sertai MAYC Kawasan Bachok.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok
#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju
No comments:
Post a Comment