Sunday, July 10, 2022

PROGRAM IBADAH KORBAN HARI RAYA AIDILADHA MAYC KAWASAN BACHOK 2022



"PROGRAM IBADAH KORBAN HARI RAYA AIDILADHA MAYC KAWASAN BACHOK 2022"

BACHOK,10 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C.)Kawasan Bachok mengadakan Program Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha MAYC Kawasan Bachok 2022 bertempat di Kampung Padang China Kemudi Bachok Kelantan.

MAYC Kawasan Bachok telah BERJAYA mengadakan korban 1 ekor lembu bagi mewakili semua peserta korban yang menyertai kali ini.Seluruh keluarga MAYC Kawasan Bachok mendoakan agar semua peserta korban lembu kali ini  terus dimurahi rezeki dan dipermudahkan urusan setiap hari.

Terima kasih Sukarelawan dan Sukarelawati MAYC Kawasan Bachok yang turun melapah daging dan gotong-royong korban kali ini.Terima kasih Kelab Belia Wakaf Zin juga turun bersama dalam program kali ini.Program kali ini merupakan program kali pertama untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha dibawah kelolaan MAYC Kawasan Bachok.

                           Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...