Saturday, September 17, 2022

BELIA SRI KEMUNTING MENGADAKAN GOTONG-ROYONG GELANGGANG SUKAN DI KAMPUNG SRI KEMUNTING


"BELIA SRI KEMUNTING MENGADAKAN GOTONG-ROYONG  GELANGGANG SUKAN DI KAMPUNG SRI KEMUNTING"

Kampung Sri Kemunting,18 September 2022 - Belia Sri Kemunting mengadakan gotong-royong gelanggang sukan di Kampung Sri Kemunting.

Gelanggang sukan tersebut merangkumi gelanggang bola tampar,gelanggang sepak takraw dan gelanggang Bola Jaring.Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mewakili Kelab Belia Sri Kemunting mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat korporat,individivu dan YB kerana memberi sokongan sedikit kewangan untuk menyiapkan gelanggang sukan ini.

Jawatankuasa Penaja Kelab Belia Sri Kemunting memaklumkan,pihaknya masih memerlukan sumbangan untuk menyiapkan gelanggang sepak takraw.Apabila selesai gelanggang sepak takraw,pihaknya meneruskan persiapan untuk membina satu gelanggang bola jaring khas untuk kegunaan beliawanis.

Sesiapa yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan ataupun bahan binaan boleh hubungi ditalian 0133093807(Rahimie) atau email surat kepada maycbachok@gmail.com. Terima kasih kepada kesemua sukarelawan-sukarelawan belia Kampung Sri Kemunting berusaha menyiapkan gelanggang sukan di Kampung Sri Kemunting.Diharapkan pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat memberi penekanan darisegi faktor kemudahan sukan demi pembangunan belia di luar bandar.

          Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 
 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...