Monday, September 5, 2022

GUNONG FC BAKAL SAHUT CABARAN DALAM SAINGAN SEPARUH AKHIR LIGA ELIT DUN JELAWAT 2022


"GUNONG FC BAKAL  SAHUT CABARAN DALAM SAINGAN SEPARUH AKHIR LIGA ELIT DUN JELAWAT 2022"

Gunong,6 September 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengucapkan selamat berjuang kepada kesemua pemain-pemain muda yang menyarung jersi Gunong FC bakal sahut cabaran dalam saingan separuh akhir Liga Elit Dun Jelawat 2022.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Kelab Belia Gunong berkata,pihaknya berasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan setiap pemain muda yang beraksi dalam saingan Liga Elit Dun Jelawat 2022.Gunong FC yang dikendalikan oleh Saudara Hanif dan dibantu oleh Saudara Aqib.Sumbangan jersi melalui Kelab Belia Gunong.

Kali ini,pasukan Gunong FC bakal menentang Gelong Badak FC dalam saingan separuh akhir Liga Elit Dun Jelawat 2022.Katanya lagi,beliau sempat memberi semangat kepada pemain-pemain muda agar menjaringkan gol lebih padu dalam saingan separuh akhir yang bakal diadakan pada 10 September 2022 jam 4.45 petang di Padang Bola Sepak Gelong Badak Jelawat.Doakan agar pasukan Gunong FC memperoleh "KEMENANGAN" sekali gus melangkah kaki ke perlawanan akhir Liga Elit Dun Jelawat 2022.Mengikut rekod dalam tempoh 3-4 tahun ini,Gunong FC pernah menjuarai Liga Elit Dun Jelawat pada tahun 2019.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang



 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...