Friday, September 9, 2022

KEMUDAHAN DI KAMPUNG SRI KEMUNTING PERLU DIPERKASAKAN


"KEMUDAHAN DI KAMPUNG SRI KEMUNTING PERLU DIPERKASAKAN"

Kampung Sri Kemunting,9 September 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengharapkan pihak kerajaan mengambil serius tentang kemudahan yang ada di Kampung Sri Kemunting.Kemudahan di Kampung Sri Kemunting perlu diperkasakan darisegi infrastrukturnya.

YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat merangkap Penasihat MAYC Kawasan Bachok berkata,beliau amat mengalukan sokongan pihak kerajaan pusat untuk mewujudkan satu kemudahan sukan yang sistematik di Kampung Sri Kemunting agar golongan belia dan beliawanis di Kampung Sri Kemunting sentiasa aktif dengan sukan dan sektor keusahawanan.

Katanya lagi,Kampung Sri Kemunting ini amat unik yang mempunyai pasar telah dibina sejak tahun 1964.Beliau yang sempat turun sambil menyalurkan sumbangan pendahuluan untuk golongan belia di Kampung Sri Kemunting yang sedang bergiat aktif mengadakan Program Gotong-Royong menyiapkan gelanggang sepak takraw Kampung Sri Kemunting.

Insya Allah,pihaknya mengharapkan Kementerian Perumahan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat membantu darisegi pembangunan belia dan sukan di Dun Jelawat.Terima Kasih Rahimie,Encik Abdullah Mantan JKKKP,Encik Azmi,Encik Sabri selaku Penghulu Lubuk Tembesu,Aarazi Penghulu Kampung Haji Saman,Azahar Kontraktor dan Dato Yusri Che Noh serta golongan belia yang turun bergotong-royong bersama.Semoga program sebegini dapat diteruskan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...