Saturday, September 17, 2022

YAB PERDANA MENTERI MERASMIKAN SUKAN MALAYSIA XX MSN 2022


"YAB PERDANA MENTERI MERASMIKAN SUKAN MALAYSIA XX MSN 2022"

Bangi,18 September 2022 -YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob hadir merasmikan Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Majlis Perasmian Sukan Malaysia XX MSN 2022 bertempat Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada 17 September 2022 jam 9.30 Malam.

Majlis perasmian dimulakan dengan pengenalan maskot SUKMA 2022 iaitu Oyen serta diikuti dengan perarakan masuk 15 kontinjen negeri yang bertanding serta perarakan masuk bendera temasya. Legenda tenpin boling negara, Shalin Zulkifli diberi penghormatan menyalakan obor temasya SUKMA XX 2022.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya berkata sukan merupakan instrumen terbaik perpaduan Keluarga Malaysia. Tambah beliau lagi, kelahiran atlet yang cemerlang bermula dengan ahli keluarga yang memberikan sokongan kepada mereka. Beliau turut menyeru para atlet menjadikan pentas SUKMA kali ini sebagai arena membuktikan kejaguhan dan yang terbaik diangkat membawa cabaran negara di Sukan SEA Kemboja 2023.
Temasya SUKMA XX MSN 2022 kali ini melibatkan 31 jenis sukan, 426 acara, 6,606 atlet dan 15 pasukan kontinjen. SUKMA kali terakhir diadakan dengan gemilangnya di Perak pada tahun 2018.
Hadir sama, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, KSU KBS.

Kontinjen Kelantan mensasarkan sebanyak 13 pingat emas SUKMA kali ini.Kontinjen Kelantan diketuai oleh YB Zuraidin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan .Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok juga hadir memberi sokongan untuk Kontinjen Kelantan dalam Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Malaysia XX MSN 2022.Insya Allah SUKMA bakal dianjurkan di Negeri Kelantan pada 2026 yang diperjuangkan oleh YB Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.Majlis Perasmian kali ini juga turut dihadiri oleh YAB Dato Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan.
                         Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...