"BELIA SRI KEMUNTING BERGOTONG-ROYONG MENYIAPKAN KEMUDAHAN ASAS SUKAN"
Kampung Sri Kemunting,9 Oktober 2022 - Belia Kampung Sri Kemunting melakukan sesi gotong-royong 4.0 demi menyiapkan kemudahan asas sukan di kampung tersebut seperti gelanggang takraw dan gelanggang bola tampar.
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat dan YB Datuk Ahmad Jazlan selaku Pengerusi Felcra Berhad atas sumbangan diberikan.
Terima kasih kepada individu-individu,ahli perniagaan dan ahli korporat yang banyak bantu golongan belia di Kampung Sri Kemunting untuk menyiapkan kemudahan asas sukan tersebut.Semoga Jawatankuasa Penaja Kelab Belia Sri Kemunting terus kekal momentum keaktifan program sebegini demi menarik minat golongan belia berpersatuan.MAYC Kawasan Bachok juga memandang serius perkara ini agar Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dapat berbincang bersama agar kemudahan sukan di Kelantan tersedia khas untuk golongan belia bersukan.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok
#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang
No comments:
Post a Comment