Friday, October 7, 2022

CUKAI DIKURANGKAN DALAM BAJET 2023


"CUKAI DIKURANGKAN DALAM BAJET 2023"

Kerajaan tidak pernah melupakan isi rumah kumpulan pertengahan iaitu golongan M40.

Berikutan itu, Kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 - RM100,000 iaitu:

i) Banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 - RM70,000 kadar diturunkan daripada 13% kepada 11%.

ii) Banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 - RM100,000 kadar diturunkan daripada 21% kepada 19%.

Banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 - RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 - RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25%.

Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000.

#Bajet2023

 

No comments:

Post a Comment

SLOT TEMPAHAN PAKEJ IBADAH QURBAN MAYC KAWASAN BACHOK 2026 KINI DIBUKA😱😱😱🔥🔥

SLOT TEMPAHAN PAKEJ IBADAH QURBAN MAYC KAWASAN BACHOK 2026 KINI DIBUKA😱😱😱🔥🔥 -LEMBU 🐂 SATU BAHAGIAN RM500.00- (5 Ekor) -LEMBU 🐂 SATU B...