Sunday, December 18, 2022

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA SATU PENGHARGAAN UNTUK AKTIVIS BELIA DAN BELIAWANIS DI MALAYSIA


"ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA SATU PENGHARGAAN UNTUK  AKTIVIS BELIA DAN BELIAWANIS DI MALAYSIA"

Putrajaya,18 Disember 2022 - Anugerah Perdana Belia Negara satu penghargaan untuk aktivis belia dan beliawanis di Malaysia.

Saudari Anis Adilah binti Amlaki selaku Exco MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Beliawanis OKU MAYC Kawasan Bachok berkata,Anugerah Perdana Belia Negara ini salah satu anugerah yang amat baik dan bagus dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kali ini Anugerah Perdana Belia Negara turut diberi ruang untuk golongan belia dan beliawanis OKU di Malaysia.Katanya lagi,anugerah sebegini harus diambil peluang belia dan beliawanis diluar sana yang aktif berpersatuan dan khidmat masyarakat.Terima kasih YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YB Adam Adli selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sudi bergambar bersama delegasi MAYC Kawasan Bachok yang hadir dalam majlis APBN 2022  kali ini.

Alhamdulillah.Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya.Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok telah menyertai 3 kategori dalam Anugerah Perdana Belia Negara untuk 2022.Tahniah Saudari  Anis Adilah binti Amlaki memperoleh top3 dalam Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Belia OKU peringkat Kebangsaan.Manakala Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok dan Saudara Ahmad Faris bin Yusof memperoleh saguhati dalam Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Kelantan.

Insya Allah obor MAYC tetap diteruskan demi melahirkan pelapis-pelapis kepimpinan belia dan beliawanis di Daerah Bachok terus dilahirkan lebih ramai lagi.

   Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :-


Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir




 

No comments:

Post a Comment

IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN

[IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN] "NASZ_HOMESTAY" *• Homestay Muslim*. *• Terletak di Taman Kesedar Jaya,Gua Musang*. *• Lok...