Thursday, February 16, 2023

JOM SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM TEPUS,PAUH LIMA KELANTAN 2023


Sempena Israk Mikraj bakal tiba.Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok bakal mengadakan program seperti berikut  :

PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM TEPUS,PAUH LIMA KELANTAN
Tarikh                     : 18 Februari 2023(Sabtu)
Masa                      : 7.30 pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat                   : Tanah Perkuburan Islam Tepus,Pauh Lima Kelantan
Anjuran Bersama    : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,MAYC Kawasan Bachok,RELA Daerah Bachok
Dengan Kerjasama  : YCM Kelantan,KLKM PKB,Eniq World Hardware,Kelab Belia Gunong,SMK Sri Gunung,IKTBN Bachok,RV Group dan Yayasan Basmi Kemiskinan

Pihak Very Able Volunteers(VAV) Kawasan Bachok ingin mempelawa dan menjemput masyarakat sekitar,sanak saudara yang ada keluarga berada di Kubur Tepus,Pauh Lima,belia dan beliawanis yang berkelapangan masa untuk sertai program khidmat masyarakat ini boleh tekan link dibawah  :

wasap.my/60163245348/SayanakjoinVAVBachokUntukGotongRoyongKuburTepusPauhLima18Febuari2023

atau

wasap.my/601129315688/SayanakjoinVAVBachokUntukGotongRoyongKuburTepusPauhLima18Febuari2023

atau 

wasap.my/601137464696/SayanakjoinVAVBachokUntukGotongRoyongKuburTepusPauhLima18Febuari2023

Anda boleh jemput kawan-kawan anda atau sanak saudara anda untuk sertai.

✅Makanan dan Minuman Disediakan
✅Sijil Penyertaan Digital Disediakan

Jika anda mempunyai peralatan gotong-royong amat dialukan bawa bersama.Jika anda mengetahui sanak saudara keluarga yang ada ahli keluarga mereka berada di Tanah Perkuburan Islam Tepus,Pauh Lima dijemput hadir bersama.Sama-sama gotong-royong kubur keluarga masing-masing.Kubur merupakan rumah kita juga apabila kita ditarik nyawa kelak.

"Jom semua makcik,pakcik,cik,puan,Dato,Datin,Tansri,Dato Seri,Ustaz,Ustazah,Yang Berhormat,anak muda/belia/beliawanis sama-sama kita turun hari Sabtu 18.2.2023 sempena Israk Mikraj,sumbangan tenaga anda satu pahala yang bermakna di akhirat kelak.Jom sertai VAV Kawasan Bachok dalam program 18.2.2023"

Penyertaan anda semua amat dihargai.Hanya Allah s.w.t. sahaja dapat membalas khidmat masyarakat anda ini yang merupakan satu amalan berbekalkan ke akhirat kelak.

Terima kasih Hamba Allah yang menyumbang untuk Makan Pagi,Makan Tengahari dan peralatan mengecat.Semoga terus dimurahi rezeki berlimpah ruah dan didoakan perniagaan terus maju.

#MAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachokbersamamasyarakat #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024 14 September 2024 (Sabtu) 7.30 Pagi Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teko...