"JUALAN TIKET BAS SEWA KHAS MAYC KAWASAN BACHOK DITUTUP JAM 10 PAGI PADA 17 APRIL 2023"
Kuala Lumpur,17 April 2023 - Jualan Tiket Bas Sewa Khas MAYC Kawasan Bachok ditutup jam 10 pagi pada 17 April 2023.
Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,jualan tiket bas kali pertama dibuka ini amat mendukacitakan darisegi pembelian.Sehingga kini hanya 10 tiket sahaja yang dapat dijual oleh Bahagian Pemasaran dan Jualan.Katanya lagi,jualan tiket dibuat bagi memberi kemudahan kepada kesemua anak perantau Bachok yang menghubungi pihaknya untuk dapatkan tiket pulang raya ke kampung halaman di Bachok.
Percubaan kali pertama ini,tidak mematahkan semangat pengurusan Jawatankuasa Pengangkutan MAYC Kawasan Bachok.Apabila usai mesyuarat bersama rakan strategik Jawatankuasa Pengangkutan MAYC Kawasan Bachok di Kajang,pihaknya memutuskan tarikh penutupan jualan ditutup sehingga 17 April 2023 pada jam 10 pagi sahaja.Pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa rakan strategik untuk membawa pulang anak-anak perantau Bachok yang ingin pulang beraya ke kampung yang telah melakukan pembayaran sahaja.Insya Allah,akan ditambah baik darisegi strategik pemasaran untuk dapatkan target jualan untuk jualan dikemudian hari.
Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment