Thursday, August 3, 2023

KUNJUNGAN MAYC KAWASAN BACHOK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK




"KUNJUNGAN MAYC KAWASAN BACHOK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK"

Jelawat,4 Ogos 2023- Kunjungan MAYC Kawasan Bachok ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bertemu Pengurusan Pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok yang baharu.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,kunjungan kali ini bertujuan untuk berbincang beberapa perkara jalinan memperkasakan program belia dan beliawanis di Daerah Bachok.

Katanya lagi,pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok memaklumkan beberapa program anak muda bakal dianjurkan seperti Liga Sukan Komuniti,Program Rakan Muda dan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok pada bulan 10.

Sementara itu,pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok memaklumkan tentang Dana Sukan Komuniti.Terima kasih Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok  & Encik Noorazihan Bin Jusoh selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok serta pengurusan pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok yang sudi menerima kunjungan pihak MAYC Kawasan Bachok.

Saudara Amirul Mustaqim selaku AJK MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro VAV MAYC Kawasan Bachok dan Saudari Fasihah juga turun hadir bersama.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

No comments:

Post a Comment

IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN

[IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN] "NASZ_HOMESTAY" *• Homestay Muslim*. *• Terletak di Taman Kesedar Jaya,Gua Musang*. *• Lok...