Wednesday, August 16, 2023

MAYC KAWASAN BACHOK MENGHARAPKAN WAKIL NGO BELIA DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PBT DI NEGERI KELANTAN


"MAYC KAWASAN BACHOK  MENGHARAPKAN WAKIL NGO BELIA DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PBT DI NEGERI KELANTAN"

Bachok,16 Ogos 2023- MAYC Kawasan Bachok mengharapkan wakil NGO Belia dilantik sebagai Ahli Majlis PBT di Negeri Kelantan demi membawa suara belia dan beliawanis yang aktif berorganisasi.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,wakil NGO Belia perlu dilantik dalam barisan kepimpinan Ahli Majlis PBT (Kerajaan Tempatan) demi memperkasa pembangunan belia dan sukan peringkat daerah.

Pemilihan Wakil Rakyat sudah melabuh tirai pada 12.8.2023.Pelantikan dan pemilihan Ahli Majlis PBT(Kerajaan Tempatan) amat penting demi suara belia dan beliawanis akar umbi.Katanya semasa turun di Padang Bola Sepak SMK Bachok petang tadi sambil menyerahkan sumbangan peralatan sukan (Bola Sepak) untuk belia yang aktif riadah disana.

Peralatan sukan tersebut diserahkan kepada Saudara Ariff mewakili belia aktif riada di Padang Bola Sepak SMK Bachok.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

 



 

No comments:

Post a Comment

IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN

[IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN] "NASZ_HOMESTAY" *• Homestay Muslim*. *• Terletak di Taman Kesedar Jaya,Gua Musang*. *• Lok...