PASUKAN MISI BENCANA BANJIR OLEH SUKARELAWAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)-UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) TURUN PADANG DI PPS SK JELAWAT
29 November 2023,Bachok Pasukan Misi Bencana Banjir oleh Sukarelawan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Universiti UTARA MALAYSIA (UUM), hari ini, turun padang membantu dan menyantuni penduduk di sekitar Bachok, Kelantan yang terkesan dengan banjir.
Pasukan Misi Bencana Banjir oleh Sukarelawan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Universiti UTARA MALAYSIA (UUM) turun padang di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) SK Jelawat.
Pengisian melibatkan aktiviti Modul Psikologi bagi membantu kanak-kanak yang trauma akibat banjir serta membantu membersihkan perkarangan rumah mangsa banjir turut diadakan.
Bantuan pasukan sukarelawan UUM yang berlangsung selama 4 hari pada kali ini juga turut membantu mangsa banjir di sekitar Setiu dan Besut, Terengganu.
Pasukan Misi Bencana Banjir kali ini diketuai oleh Encik Mohd Khairone Md Khatidun selaku Pegawai Psikologi Kanan Universiti Utara Malaysia merangkap Penyelaras Sukarelawan Universiti Utara Malaysia dan Penasihat MAYC Universiti Utara Malaysia.
Terima kasih Encik Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok kerana menguruskan Pasukan Misi Bencana Banjir kali ini untuk singgah di Daerah Bachok.
Terima kasih Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah Bachok atas sokongan.Terima kasih semua agensi yang terlibat di PPS Sk Jelawat sudi menerima kunjungan.Terima kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bachok,APM Daerah Bachok,PDRM Bachok dan RELA Daerah Bachok.
Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
No comments:
Post a Comment