Monday, July 15, 2024

ACARA PINGPONG MULAKAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BACHOK 2024









"ACARA PINGPONG MULAKAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BACHOK 2024"

Bachok,16 Julai 2024
- Acara Pingpong mulakan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Bachok 2024 di IKTBN Bachok Kelantan pada 5-6 Julai 2024.

Pasukan Kelab Malam Ping Pong Bachok muncul Johan manakala Pasukan Kandis mendapat Naib Johan dan layak ke Peringkat Negeri yang dijadualkan pada bulan Ogos 2024 nanti. Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00, sijil serta medal manakala Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 300.00, sijil dan medal.Tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Rusa juga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00, sijil serta medal.

Dr. Rosmadi bin Nawi, Pengarah Urusan Rosmadi Optometrist Sdn. Bhd. telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang kejohanan tersebut.Turut hadir ialah Encik Noorazihan bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Encik Abdul Aziz bin Noor bagi menyelaras kejohanan berkenaan.

#PBSDBachok #IKTBNBachok #MAYCKawasanBachok #LigaSukanKomunitiPeringkatDaerahBachok2024 #LSKBachok2024


 

No comments:

Post a Comment

IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN

[IKLAN HOMESTAY DI GUA MUSANG KELANTAN] "NASZ_HOMESTAY" *• Homestay Muslim*. *• Terletak di Taman Kesedar Jaya,Gua Musang*. *• Lok...