Saturday, September 28, 2024

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN"

BACHOK,29 September 2024 - Seluruh Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 tahun.

“ISLAM MEMIMPIN ,RAJA MENAUNGI,NEGERI BERKAT”

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Selurun pacal-pacal MAYC Kawasan Bachok mendoakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan dan dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat.
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku!
Sembah Ta'zim
🙏🏻
Seluruh Pacal-Pacal MAYC Kawasan Bachok

#HariKeputeraanSultanMuhammadV #MAYCKawasanBachok



 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...