Seluruh warga MAYC Kawasan Bachok mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Puan Azura Abidin atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JBSNegara yang baharu berkuat kuasa 14 Oktober 2024.
Berasal dari Ipoh, Perak, beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun di dalam perkhidmatan awam khususnya dalam pembangunan belia dan sukan.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) selain beberapa penempatan lain seperti Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES), Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di samping beberapa bahagian/ agensi di bawah KBS.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Sains Sukan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau turut ditauliahkan dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia: Pengurusan Kerja Belia (Tahap 5).
Puan Azura Abidin merupakan Ketua Pengarah JBSN yang kelapan sejak ditubuhkan pada tahun 2000.
Selamat berkhidmat dan didoakan agar JBSN terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan YBrs. Puan KP JBSN.
No comments:
Post a Comment