Wednesday, October 8, 2025

PROGRAM SENAMROBIK KARNIVAL SUKAN MAYC KAWASAN BACHOK 2025


































🔥 PROGRAM SENAMROBIK KARNIVAL SUKAN MAYC KAWASAN BACHOK 2025 🔥

📅 4 Oktober 2025
📍 Kampung Pauh Butut | N22 DUN Jelawat | P25 Parlimen Bachok

Program Senamrobik sempena Karnival Sukan MAYC Kawasan Bachok 2025 berlangsung dengan penuh meriah, penuh tenaga dan semangat kesukanan yang membara! 💪

Di pagi cerah bersenam ria,
Irama senamrobik menggema desa,
Belia Bachok teguh setia,
Bersatu maju menuju jaya! 💥

Turut menyerikan program kali ini :

👮‍♂️ YDH Supt. Mohamad Ismail bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Bachok

🤝 Saudara Ahmad Faris Bin Yusof, Naib Presiden 4 MAYC Kebangsaan merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok

💼 Saudara Azwan Nazzul bin Mohamad, EXCO MAYC Kebangsaan yang hadir mewakili Saudara Naim Kasin, Presiden MAYC Kebangsaan ke-10.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini — sama ada secara langsung mahupun di belakang tabir. 🙌

Semoga inisiatif sebegini terus menyemarakkan semangat belia yang sihat, aktif dan bersatu hati di bumi DUN Jelawat! ❤️❤️

#MAYC #BersatuMaju #BeliaBachok #DunJelawat #ParlimenBachok #KarnivalSukanMAYCKawasanBachok2025 #SenamrobikMAYCKawasanBachok

 

No comments:

Post a Comment

🌟 PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025 T arikh : 12 Disember 2025 ...