Saturday, December 6, 2025

SUMBANGAN UNTUK PEMBELIAN VAN MAYC KAWASAN BACHOK DIBUKA – SASARAN 40,000 PENYUMBANG


SUMBANGAN UNTUK PEMBELIAN VAN MAYC KAWASAN BACHOK DIBUKA – SASARAN 40,000 PENYUMBANG

BACHOK, — Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C) Kawasan Bachok hari ini mengumumkan pelancaran kempen Infaq Pembelian Van MAYC Kawasan Bachok, sebagai inisiatif mengukuhkan keupayaan logistik serta memperkasa perkhidmatan masyarakat di daerah ini.

Kempen ini membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai, hamba-hamba Allah dan syarikat-syarikat korporat yang ingin berinfaq bagi membantu merealisasikan hasrat menyediakan sebuah van serbaguna untuk kegunaan operasi dan kegiatan kebeliaan MAYC Kawasan Bachok.

Menurut pihak MAYC Kawasan Bachok, van berkenaan akan berfungsi sebagai kenderaan rasmi persatuan, selain menjadi aset penting bagi menjalankan pelbagai aktiviti perkhidmatan pengangkutan yang mampu menjana ekonomi persatuan secara berterusan.

Dalam kenyataan itu, MAYC Kawasan Bachok turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat yang ingin menaja pembelian van tersebut. Penyumbang korporat utama bakal diberikan penghargaan khas dengan penempatan logo syarikat pada badan van sebagai tanda sokongan kepada pembangunan belia setempat.

Kempen ini membawa tagline: “Jom sumbang RM5 seorang”, dengan sasaran mengumpulkan 40,000 penyumbang yang masing-masing menyumbang serendah RM5 bagi memastikan misi pembelian van tersebut dapat direalisasikan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama MAYC Kawasan Bachok:

Nombor Akaun: 0300941100035239
(BSN Malaysia – MAYC Kawasan Bachok)
Tujuan: Sumbangan Pembelian Van MAYC Kawasan Bachok

Selepas membuat transaksi, penyumbang dimohon menghantar salinan resit ke talian 011-17949130 atau 017-2895636 bagi tujuan rekod kewangan dan pengesahan sumbangan.

#JomInfaqPembelianVanMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju

 

No comments:

Post a Comment

🌟 PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025 T arikh : 12 Disember 2025 ...