Wednesday, July 28, 2021
ZIARAH 19 ZULHIJJAH 1442H
Sunday, July 25, 2021
MAYCARE KAWASAN BACHOK DAN BIRO BELIA PENKB AKAN DIPERKASAKAN
"MAYCARE KAWASAN BACHOK DAN BIRO BELIA PENKB AKAN DIPERKASAKAN"
26 Julai 2021,Bachok - MAYCare Kawasan Bachok akan diperkasakan bagi menarik lebih ramai golongan belia dan beliawanis menyertai aktiviti sukarelawan dibawah kendalian MAYCare Kawasan Bachok.
MAYCare Kawasan Bachok dan Jawatankuasa Kecil Belia Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) akan bekerjasama dan menubuhkan team sukarelawan "YOUTH VOLUNTEERS EQUINE KELANTAN-YVEK"
Kepada golongan belia dan beliawanis Seluruh Kelantan khasnya Jajahan Bachok dan ingin daftar keahlian individu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) untuk sertai Jawatankuasa Kecil Belia Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan dengan Yuran Pendaftaran RM50 manakala yuran tahunan RM20 boleh menghubungi Cikgu Nazrin ditalian 010-5750195(Biro Belia PENKB).
Berikut adalah senarai Jawatakuasa Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) bagi penggal 2021-2023 yang telah dilantik dalam Mesyaurat Agung Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) yang telah berlangsung pada 24 Julai 2021.
Presiden : Ahmad Faris Bin Yusof
Naib Presiden 3 : Ali Syariati Bin Abd Wahab
EXCO :
1.Mohd Faizal Bin Wan Md Shuhaimi(Biro Penerangan)
2.Mohd Khairo Azaha Bin Muhammad(Biro Tugas-Tugas Khas)
4. Mohammad Azhar Bin Abu Bakar(Biro Teknikal)
5. Ahmad Faiz Bin Yusof(Biro Logistik)
6. Wan Ahmad Tarmizi Bin Haji Wan Daud(Biro Pembangunan Islam Dan Dakwah)
7. Mohd Shukri Bin Yusoff(Biro Kewangan)
8. Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz(Biro Belia)
9.Mohd Shafri Bin Ab Wahab(Biro Kebajikan)
1. Mohd Shahrul Nizam Bin Ismail
Kepada anda yang ingin buat pembayaran Yuran Keahlian Individu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) boleh bayar terus ke akaun bank Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) seperti berikut :-
553104588625(Maybank-Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru)
References : Yuran Pendaftaran Keahlian
Berikut adalah Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) :-
Ahli Individu : RM50(Yuran Pendaftaran)
RM20 (Yuran Tahunan)
Resit pembayaran tersebut perlu dihantar kepada Saudara Mohd Yazid selaku Bendahari Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) ditalian 012-9633278.Tujuan untuk penyelarasan pengurusan kewangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKs35Av0U5Io9k64XEbEj0FK8OyroQBMAC_3Hi9xx-yo2sZA/viewform
JOM PENGGIAT SUKAN DI JAJAHAN BACHOK DAFTARKAN DIRI SEBAGAI PENERIMA VAKSIN
"JOM PENGGIAT SUKAN DI JAJAHAN BACHOK DAFTARKAN DIRI
SEBAGAI PENERIMA VAKSIN"
29 Julai 2021,Bachok - Jawatankuasa Kecil Sukan Dan Rekreasi MAYC Kawasan Bachok menyeru agar penggiat dan aktivis sukan di Jajahan Bachok mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
Saudara Wan Mohammad Farid Bin Wan Hamid selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan Dan Rekreasi MAYC Kawasan Bachok berkata,penggiat sukan dan aktivis sukan di Jajahan Bachok perlu mengambil peranan dan menjadi ikon kepada masyarakat untuk mempelawa lebih ramai lagi masyarakat daftar diri sebagai penerima vaksin demi meneruskan kehiduapan dalam norma baharu.
Terkini applikasi MySejahtera telah menerima dan membuka pendaftaran vaksinasi untuk golongan remaja berumur 12-17tahun.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKs35Av0U5Io9k64XEbEj0FK8OyroQBMAC_3Hi9xx-yo2sZA/viewform
AYUH KITA DAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN
"AYUH KITA DAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN"
27 Julai 2021,Shah Alam - Ayuh golongan belia kita daftar sebagai penerima vaksin demi membantu dan meneruskan kehidupan kita dalam norma baharu.
Saudara Ekram Rohakimi Bin Abdul Halim selaku Pemeriksa Kunci Kira-Kira 2 MAYC Kawasan Bachok berkata,sebanyak 1.3 juta lagi janji temu vaksinasi sedang diberi kepada penduduk Lembah Klang dalam misi capai perlindungan segera menjelang Ogos.Jangan batal janji temu anda.
Manakala untuk golongan belia bawah 17tahun telah mula diterima dan dibuka pendaftaran melalui applikasi MySejahtera.Tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #JomSuntikVaksin #KitaMestiMenang #MalaysiaBoleh #LindungDiriLindungSemua
MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN
"MYSEJAHTERA MULA TERIMA PENDAFTARAN VAKSINASI GOLONGAN REMAJA 12-17TAHUN"
Bachok - MAYC Kawasan Bachok mengharapkan golongan belia berumur 17tahun kebawah agar mendaftarkan diri anda sebagai penerima vaksin melalui applikasi MySejahtera.
Saudara Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok berkata,kini MySejahtera mula terima pendaftaran vaksinasi golongan remaja 12-17 tahun .Tarikh janji temu akan dimaklumkan kelak.
Beliau yang juga selaku Ketua Penerangan Kelab Belia Gunong mengharapkan semua golongan belia di Jajahan Bachok khasnya Mukim Gunong agar mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
GOLONGAN BELIA BERUMUR 17 TAHUN KEBAWAH DISERU AGAR MENDAFTARKAN DIRI MELALUI APPLIKASI MYSEJAHTERA
0
SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN
"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024 - ...
-
[INFO BAS HENTI-HENTI DAERAH BACHOK BERMULA 1 JULAI 2022] JADUAL OPERASI DAN JADUAL TAMBANG LALUAN 23 KOTA BHARU - B...
-
"5 ORANG DELEGASI WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH BACHOK 2024" Bachok,27...
-
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA (M.A.Y.C)KAWASAN BACHOK KALI KELIMA Tarikh : 2 Jun 2024 (Ahad) Tempat : Dewa...