BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK (EDISI PERTAMA 2022)
TARIKH : 4 MAC 2022
SEJARAH MAYC
Persatuab Kelab-Kelab Belia Malaysia yang dikenali dengan nama singkatannya MAYC(Malaysian Association Of Youth Club) ditubuhkan pada 1954 yang pada peringkat awal penubuhannya dinamakan Persatuan Pemuda Pemudi Malaya.Tujuan asal penubuhan MAYC pada zaman itu ialah untuk menyatukan belia-belia didalam negara agar tenaga mereka dapat digunakan dalam kegiatan berbentuk pelajaran sivik,bersukan,rekreasi dan kesenian.Struktur MAYC pada awal penubuhannya di ambil daripada Nasional Association Of Youth Club(NAYC) di United Kindom.MAYC menghadapi masalah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pada awal penubuhannya,ini disebabkan oleh proses kelulusan pendaftarannya memakan masa yang agak lama.Pada 19 Oktober 1956,barulah pendaftaran MAYC diluluskan dengan sijil pendaftarannya bernombor 1062 (Selangor).Selepas diluluskan MAYC mula bergerak diseluruh pelusuk semenanjung dan persatuan yang pertama bergabung dengan MAYC ialah Persatuan Belia Labis,Negeri Johor.
MESYUARAT AGUNG PERTAMA MAYC
Mesyuarat Agung yang pertama diadakan pada 4 Febuari 1956 bertempat di Rumah Persekutuan,Kuala Lumpur,ketika itu sebanyak 17 kelab telah bergabung dengan MAYC dan Tan Sri Mubin Sheppard telah dilantik sebagai Presiden MAYC yang pertama(1954-1955).Dengan ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersetuju mendapatkan sebuah pejabat beralamat di No.2 Jalan Clarke,Kuala Lumpur sebagai Pejabat Operasi MAYC.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#BuletinMAYCKawasanBachok #SejarahMAYC #MAYC
No comments:
Post a Comment