BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK (EDISI PERTAMA 2022)
TARIKH : 4 MAC 2022
SEJARAH MAYC
(PRESIDEN KEDUA MAYC)
Pada tahun 1956,Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden MAYC yang kedua(1956-1971) menggantikan Tan Sri Mubin Sheppard dan pada tahun yang sama MAYC telah mengembangkan sayapnya untuk menyertai Persidangan Belia Sedunia(WAY) di Berlin,Jerman.Bukan setakat itu sahaja,pada tahun 1960 MAYC telah mengadakan jalinan kerjasama dengan persatuan-persatuan di negara Jepun,Amerika,India,Australia,England dan negara-negara Asia Tenggara.Pada tahun itu juga MAYC telah memperkenalkan Pingat Jasa Cemerlang(JC) untuk dianugerahkan bagi menghargai tokoh-tokoh MAYC dan individu yang banyak berjasa kepada MAYC.
Dari peringkat ke peringkat,kewibawaan MAYC dalam memperjuangkan dan memartabatkan golongan belia telah menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mana baginda bersetuju menghadiahkan sebidang tanah di tepi Jalan Syed Putra,Kuala Lumpur.Pada bulan Oktober tahun 1969 terbinalah sebuah bangunan yang dinamakan Wisma Belia dan bangunan tersebut telah dirasmikan pada tarikh 27 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#BuletinMAYCKawasanBachok #SejarahMAYC #MAYC
No comments:
Post a Comment