"BACHOK BERPOTENSI SEBAGAI TAPAK KOMPLEKS EKUIN NEGERI KELANTAN"
Kota DarulNaim,6 Mac 2023 - Bachok berpotensi sebagai tapak Kompleks Ekuin Negeri Kelantan.
Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,pemilihan Bachok disebabkan beberapa faktor untuk memperkasakan sektor pelancongan sukan di Daerah Bachok.
Katanya lagi,pihaknya menyerahkan sepenuhnya keputusan tersebut kepada Jawatankuasa Ekuin Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuat keputusan demi manfaat dan kebaikan seluruh penggiat kuda Negeri Kelantan.Insya Allah jika Kompleks Ekuin Negeri Kelantan ini dapat direalisasikan,fasiliti di kompleks akan diberi kemudahan manfaat untuk pertubuhan belia di Daerah Bachok supaya Kompleks Ekuin Kelantan tidak jadi Gajah Putih.
Kelantan bakal menjadi tuan rumah Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2026.Liku-liku demi mempersiapkan darisegi pembangunan fasiliti amat besar demi menjayakan SUKMA 2026.Insya Allah doakan agar hasrat seluruh keluarga penggiat kuda (ekuin) Negeri Kelantan dapat tercapai hajat sekian lama.
Doakan agar Kelantan dapat menjadi tuan rumah National Horse Show buat kali kedua demi menarik lebih ramai lagi pelabur memperkasakan sektor pelancongan sukan di Negeri Kelantan khasnya Daerah Bachok.Saudara Hafizie selaku Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) dan Saudari Nabihah selaku Setiausaha Sulit Kerja Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) turun sama dalam sesi kunjungan bertemu YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi,Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Terima kasih YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi,Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan kerana sudi menerima kunjungan.
Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment