Sunday, March 5, 2023

KEJOHANAN MINI KUDA LASAK PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAKAL DIADAKAN DI JERAM MENGAJI BUAT KALI KEDUA

"KEJOHANAN MINI KUDA LASAK PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAKAL DIADAKAN DI JERAM MENGAJI BUAT KALI KEDUA"

JERAM MENGAJI,6 Mac 2023 - Kejohanan Mini Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan bakal diadakan di Jeram Mengaji buat kali kedua.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,kejohanan buat kali kedua bakal diadakan selepas kejohanan di Kg Telekung Kuala Krai.Untuk di Kuala Krai kos terkumpul RM13500.Masih memerlukan kos pembiayaan kejohanan sebanyak RM11,500.

Katanya lagi,pihaknya amat mengalukan badan korporat yang sudi bersama sebagai penganjur bersama dan rakan strategik.Beliau berkata dalam sesi bertemu Ustaz Nasruddin Muhaiddin selaku Pengurus Jeram Mengaji Agro Resort yang baharu.

Insya Allah sukarelawan VAV MAYC Kawasan Bachok akan turut sertai dalam kejohanan kali ini.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS AGRO BELIA : PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN UDANG

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS AGRO BELIA : PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN UDANG LUMUT, PERAK, 31 MEI 2024 - Cawangan Penyelarasan dan Strategi...