Monday, May 3, 2021

KUNJUNGAN IHYA RAMADHAN BIRO ANAK PERANTAU MAYC KAWASAN BACHOK 2021


KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT PERSATUAN BELIA SERI CEMPAKA

Lembah Pantai,3 Mei 2021 -  MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan santai ke Pejabat Persatuan Belia Seri Cempaka.MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Beliau juga selaku EXCO MAYC Negeri Kelantan bagi penggal 2018-2020.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan ukhwah antara persatuan belia.Saudara Ahmad Faris juga selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Beliau mengadakan kunjungan ini untuk berbincang beberapa perkara program terdekat di Ibu Kota.Insya Allah MAYC Kawasan Bachok bakal bekerjasama dengan MAYC Lembah Pantai dan MAYC Setiawangsa untuk Program Singgah Sahur di Taman Keramat Permai dan Agihan Makanan Ringan di Chot Kit dan Medan Tuanku Kuala Lumpur

Alhamdulillah beberapa perkara dapat diambil untuk saling bertukar idea dan pendapat bagi sama-sama memperkasakan persatuan belia masing-masing.Input dan ilmu yang perlu dilaksanakan apabila diberi nasihat dan pandangan oleh Saudara Roy selaku Pengerusi Persatuan Belia Seri Chempaka.Persatuan Belia Seri Chempaka merupakan Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2020.

Beberapa perkara perlu diperkemaskan untuk memperkukuhkan organisasi belia kami.Insya Allah kami akan meneruskan khidmat bakti kami untuk perkemaskan segala pengurusan pentadbiran,laporan program(MYKD) setiap tahun dan jentera  agar menjadi salah satu Ikon NGO Belia di Kawasan Bachok pada masa hadapan Insya Allah.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan padu kepada MAYC Kawasan Bachok bagi meneruskan khidmat bakti dalam memperkasakan lagi persatuan belia dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.Kami mendoakan anda semua terus dimurahi rezeki sentiasa.Doakan kami agar dapat menguruskan dan memimpin belia dan beliawanis di Bachok dengan jayanya Insya Allah.

#TeruskanKhidmat
#MAYCKawasanBachok
#KelabBeliaGunong
#MyMAYC
#MAYC

 

PROGRAM PENERANGAN KEMPEN I-SIHAT 2021







PROGRAM PENERANGAN KEMPEN I-SIHAT 2021

Bachok 3 Mei 2021 - Biro Usahawan MAYC Kawasan Bachok telah mengadakan Program Penerangan Kempen I-Sihat 2021.Program ini dianjurkan bersama dengan Ummah Fitness Centre yang merupakan wakil kepada Ko Ummah.

Biro Usahawan MAYC Kawasan Bachok dipengerusikan oleh Saudara Ekram Rohakimi merangkap Pemeriksa Kira-Kira MAYC Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyertai program ini.Wakil Jemputan daripada BNYV Kelantan iaitu Dr Rashdan selaku Koordinator BNYV Kelantan dan Saudara Radhi wakil Jabatan Amal Bachok.

Program ini turut disertai oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudara Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro MAYCare Kawasan Bachok.

Alhamdulillah beberapa penerangan telah diberi oleh wakil Ummah Fitness Centre iaitu Saudara Wan Nazhif.Insya Allah Biro Keusahawanan MAYC Kawasan Bachok akan dibuka keahlian kepada belia dan beliawanis yang berminat untuk menyertai Biro Keusahawanan MAYC Kawasan Bachok.Khas untuk berumur 15 hingga 35 tahun sahaja yang akan dibuka keahlian untuk sertai Biro Keusahawanan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC
#MAYCKawasanBachok
#UmmahFitnessCentre
#KoUmmah
#MAYC


 

TAHNIAH PENGERUSI BIRO ANAK PERANTAU MAYC KAWASAN BACHOK


"PENGERUSI BIRO ANAK PERANTAU MAYC KAWASAN BACHOK DILANTIK SEBAGAI BENDAHARI AGUNG  PERSATUAN JALINAN UKHWAH ANAK-ANAK KELANTAN(JUAAK) 

Shah Alam - Mesyuarat Agung Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan(JUAAK) telah berlangsung pada 1 Mei 2021 bertempat di Cafe Kumpulan Krangkraf  Seksyen 15 Shah Alam.Dalam Mesyuarat tersebut Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris Yusof dilantik sebagai Bendahari Agung Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan bagi tahun 2021-2023.

Ini merupakan  tanggungjawab dan kepercayaan diberi kepada anak muda bagi menggalas tugas sebagai Bendahari dalam organisasi.Insya Allah dengan adanya hubungan ini,Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok bakal diperkasakan bagi mendekati golongan belia bachok yang berada di Perantauan agar lebih dekat lagi dengan MAYC Bachok dan JUAAK.

Terima Kasih Saudara Shukri selaku Presiden Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan atas kepercayaan diberikan kepada wakil MAYC Kawasan Bachok.

Insya Allah pendaftaran keahlian Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok akan dibuka bagi mengumpul anak-anak muda Bachok yang berumur 15 hingga 30 tahun tinggal di Perantauan terutama Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya.

#MAYCKawasanBachok #JalinanUkhwahAnak-AnakKelantan #BiroAnakPerantauMAYCKawasanBachok #ShahAlam #JUAAK
 

Monday, April 12, 2021

PRA-PERBINCANGAN UNTUK KARNIVAL KERJAYA MAYC KAWASAN BACHOK 2021


PRA-PERBINCANGAN UNTUK KARNIVAL KERJAYA  MAYC KAWASAN BACHOK 2021

11 April 2021

Gua Musang -Terima Kasih MAYC Negeri Kelantan kerana memberi peluang kepada MAYC Kawasan Bachok jadi tuan rumah untuk Karnival Kerjaya.

Perbuncangan dilakukan antara Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Ezri selaku Setiausaha MAYC Negeri Kelantan.

Disaksikan oleh Keri Boy selaku Setiausaha MAYC Kawasan Gua Musang.


Terima Kasih Keri Boy selaku Setiausaha MAYC Kawasan Gua Musang bawa singgah ke Kedai Makan Oghe Bachok di Gua Musang.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

Anda ingin mencari kerja?boleh email kepada kami resume untuk kami salurkan permohonan anda kepada MyFutureJob,Job Malaysia dan Agensi Pekerjaan.

#MyMAYC #KelateSkills #MAYC #MAYCKelantan #MAYCKawasanBachok #Bachok #Kelantan
 

ZIARAH PENGHUJUNG NIFSU SYAABAN SEMPENA RAMADHAN 1442H MENJELANG TIBA






ZIARAH PENGHUJUNG NIFSU  SYAABAN SEMPENA RAMADHAN 1442H MENJELANG TIBA

Bachok  - MAYC Kawasan Bachok mengadakan sesi ziarah penghujung Nifsu Syaaban sambil buat penyerahan kurma kepada Ahli Jawatankuasa yang sempat berjumpa.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok menyampaikan sumbangan kurma Safawi untuk AJK MAYC Kawasan Bachok yang sempat diziarahnya.

Penerima kurma kali ini terdiri daripada EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Majlis Tertinggi seperti berikut  :-

1. Nik Ashraf 
2,Nur AIn Syuhada
3.Nazrin Faiz
4.Ekin
5.Hafizudin 
6.Khairul
7.Hajar
8.Alia Arisa
9.Azuwan
10.Ekin
11.Aziehan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1442 HIJRAH SEMUA



 

ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1(ZUMB 2.1) KE RUMAH TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN


10 APRIL 2021

ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1(ZUMB 2.1) KE RUMAH TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN

Wakaf Zin - Delegasi MAYC Kawasan Bachok mengadakan sesi ziarah ukhwah belia sempena penghujung syaaban dan ramadhan bakal menjelang tiba.
 
Ziarah kali ini ke rumah Saudara Khairul selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin.Khairul mengalami kecederaan ringan kerana kemalangan jalan raya di Lurah Birut.

Khairul juga merupakan Pegawai di Pejabat YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Mohd Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa MAYCare Kawasan Bachok.

Semoga Saudara Khairul cepat sembuh.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin

 

Sunday, April 11, 2021

PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA UNIT INSFUSI TABUNG DARAH HUSM DI RV ROOFTOP BACHOK







PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA UNIT INSFUSI TABUNG DARAH HUSM

10 April 2021

Bachok - MAYC Kawasan Bachok & RELA Bachok menyantuni Staf Unit Insfusi Tabung Darah HUSM.

Terima Kasih YB Mohd Huzaimy Adun Pantai Irama atas sumbangan Program Santai Petang di RV Rooftop Bachok.

Terima Kasih RV Rooftop Bachok menyediakan tempat yang selesa,makanan sangat sedap menjilat jari dan staf yang peramah.

Jom Datang mendarat di RV Rooftop Bachok.Luangkan masa berharga bersama keluarga bersama RV RoofTop Bachok.

Sebarang Pertanyaan @ Booking boleh hubungi ditalian :
014-3234577

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #RVRoofTopBachok #MakananSedapBachok #ShellOutNo1DiBachok #RooftopNo1DiBachok

 

🌟 PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025 T arikh : 12 Disember 2025 ...